Bahasa : malay | english

Soalan Lazim

  Keahlian
  Ahli
    Siapakah yang boleh menjadi ahli PERMATA UPM?
Keahlian Persatuan ini adalah terbuka kepada kakitangan wanita dan isteri kakitangan dari semua peringkat yang terdapat dalam Universiti. Permohonan menjadi ahli hendaklah melalui borang yang disediakan oleh Persatuan dan diserahkan kepada Setiausaha Kehormat. Jawatankuasa Kerja berkuasa meluluskan atau menolak sebarang permohonan menjadi ahli tanpa sebarang sebab.
  Jenis keahlian
    Apakah jenis keahlian PERMATA UPM?
Keahlian PERMATA UPM terbahagi kepada empat (4) jenis:
1. Ahli Biasa
Seseorang kakitangan wanita atau isteri kakitangan itu layak menjadi ahli biasa Persatuan sekiranya mempunyai syarat-syarat berikut; 
i. Warganegara Malaysia atau isteri kepada warganegara. 
ii. Membayar yuran keahlian dan yuran masuk. 
iii. Perkhidmatannya atau perkhidmatan suaminya dengan Universiti.
2. Ahli Bersekutu 
Kakitangan wanita atau isteri kakitangan Universiti yang memohon menjadi ahli tetapi; 
i. Bukan Warganegara Malaysia dan perkhimatannya atau perkhidmatan suaminya dipinjamkan ke Universiti. 
ii. Membayar yuran keahlian dan yuran masuk.
iii. Kakitangan wanita yang telah bersara.
3. Ahli Kehormat
Ahli Kehormat ialah seseorang yang difikirkan layak oleh Jawatankuasa Kerja untuk menjadi ahli tanpa bayaran yang mempunyai kepakaran atau memberi manafaat kepada Persatuan.
4. Ahli Seumur Hidup 
Seorang ahli boleh memohon untuk menjadi ahli seumur hidup dengan yuran keahlian tahunan 10 sekali gus.
  Tarik Diri
    Bagaimana untuk menarik diri dari menjadi ahli?
1. Ahli yang hendak berhenti dari Persatuan hendaklah memberi notis sekurang-kurangnya sebulan secara bersurat kepada Setiausaha Kehormat dan hendaklah menjelaskan hutang dan yurannya.
2. Keahlian itu gugur dengan sendirinya jika ia berhenti membayar yuran selama 12 bulan berturut-turut atau jika ia atau suaminya tidak lagi menjadi kakitangan Universiti.
  Larangan Ahli
    Apakah larangan yang Persatuan dan/atau ahli Persatuan perlu jauhi?
1. Persatuan dilarang mengendalikan kegiatan yang bertentangan dengan undang-undang negara, ajaran serta tatasusila masyarakat Islam.
2. Persatuan atau ahli tidak boleh menghalang, mengganggu perniagaan atau harga barangan dan mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti yang diterangkan di dalam Undang-Undang Kesatuan Sekerja, 1959.
3. Ahli dilarang menggunakan nama persatuan untuk kepentingan diri.
4. Ahli tidak dibenarkan memberi kenyataan tentang Persatuan kepada awam.
5. Faedah-faedah yang diterangkan di bawah Skesyen 2 Akta Pertubuhan 1966 tidaklah boleh diberi oleh Persatuan kepada mana-mana ahli Persatuan.
6. Seseorang pelajar Universiti atau Kolej Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli persatuan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan.
  Yuran Keahlian
  Yuran Keahlian
    Apakah yuran yang perlu dibayar jika ingin/telah menjadi ahli?
1. Semua ahli dikenakan membayar yuran masuk sebanyak RM5.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ringgit sahaja) semasa mengemukakan borang permohonan.
2. Yuran keahlian adalah RM 20.00 (Ringgit Malaysia: Dua Puluh Ringgit sahaja) setahun untuk semua kategori ahli.
3. Yuran-yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang ditentukan boleh dijalankan dengan persetujuan Mesyuarat Agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut di dalam masa yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran bulanan.
  Mesyuarat Agong
  Mesyuarat Agung Persatuan
    Bilakah Mesyuarat Agung Persatuan diadakan?
Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan hendaklah diadakan sebelum akhir bulan Mac tiap-tiap tahun. Tarikh, masa dan tempat Mesyuarat Agung hendaklah ditetapkan oleh Jawatankuasa Kerja.
  Kewangan Persatuan
  Kewangan Persatuan
    Bagaimana kewangan Persatuan digunakan?
Tabung Persatuan boleh dibelanjakan untuk perkara berikut:
1. Bayaran kos dan perbelanjaan pentadbiran Persatuan.
2. Mencetak dan mengedar surat berita, pekeliling dan dokumen untuk kebajikan dan kepentingan ahli selaras dengan tugas dan matlamat Persatuan.
3. Menjalankan kegiatan sukan, pelajaran, amal dan sosio budaya untuk ahli.
4. Membeli dan/atau membina atau menyewa bangunan untuk menjalankan kerja Persatuan.
5. Memberi bantuan kepada keluarga kakitangan Universiti yang memerlukan bantuan untuk pelajaran anak-anak.
6. Memberi bantuan kepada pelajar miskin di Universiti.

Warning: Unknown: write failed: No space left on device (28) in Unknown on line 0 Warning: Unknown: Failed to write session data (files). Please verify that the current setting of session.save_path is correct (/var/lib/php5) in Unknown on line 0