Bahasa : malay | english

PERLEMBAGAAN


PERLEMBAGAAN BAGI 
PERSATUAN WANITA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA ( PERMATA UPM )

 

Fasal I 

Nama

Persatuan Wanita Universiti Putra Malaysia. Sebutan ringkas PERMATA UPM.

             

 

Fasal II

Alamat Berdaftar

 

Alamat berdaftar Persatuan ialah Pusat Perkhidmatan PERMATA, d/a Kolej Mohamad Rashid, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM, Serdang, Selangor Darul Ehsan, Alamat berdaftar tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftaran Pertubuhan terlebih dahulu.
 

Fasal III

Takrif

 

1.

Persatuan bermakna Persatuan Wanita Universiti Putra Malaysia.

 

2.

Mesyuarat Agong bermakna mesyuarat yang diadakan menurut Fasal XI dan XII.

 

3.

Jawatankuasa Kerja bermakna Jawatankuasa Kerja seperti yang ditubuh mengikut Fasal XIII.

 

4.

Ahli bermakna seseorang yang telah diterima menjadi ahli Persatuan menurut Fasal VI.

 

5.

Ahli Biasa bermakna ahli yang diterima menurut Fasal VI 2.1.

 

6.

Ahli Bersekutu bermakna ahli yang diterima menurut Fasal VI 2.2

 

7.

Ahli Kehormat bermakna ahli yang diterima mengikut Fasal VI 2.3.

 

8.

Universiti bermakna Universiti Putra Malaysia.

 

9.

Wanita bermakna isteri kakitangan dan kakitangan wanita yang bertugas dengan universiti.

 

10.

Bercuti bermakna cuti sabatikal, cuti belajar, cuti tanpa gaji yang lama atau bercuti mengikut suami.
 

Fasal IV 

Matlamat

  1. Mencapai persefahaman, kerjasama, kesejahteraan ahli menerusi kegiatan Persatuan. 
  2. Mengada dan menjalinkan hubungan serta kerjasama dengan individu dan badan-badan lain yang sesuai dengan tugas dan matlamat Persatuan. 
  3. Berusaha membantu dan meninggikan imej serta nama baik ahli dan kaum wanita keseluruhannya.
  4. Mengada, menganjur dan melaksanakan kegiatan-kegiatan dalam bidang sosial dan kebajikan.
  5. Menimbulkan kesedaran di kalangan ahli akan kepentingan peranan dan tanggungjawab wanita dalam meninggikan imej institusi dan negara.

 

Fasal V

Tugas:  Tugas Utama Persatuan ialah:
 

 

1.

Menjadi badan perundingan bagi semua perkara berkenaan dengan kebajikan dan kepentingan ahli.

 

2.

Memelihara konsep, dasar dan matlamat Universiti Putra Malaysia.

 

3.

Menjadi satu badan yang mewakili isteri kakitangan dan kakitangan wanita yang bertugas dengan Universiti.

 

4.

Bekerjasama dengan lain-lain pertubuhan di dalam Malaysia yang sesuai dengan dasar Persatuan.

 

5.

Memberi     sumbangan    untuk    perkembangan    dan     kemajuan 
Universiti pada keseluruhannya.

 

6.

Menyebarkan penerangan dan maklumat mengenai kegiatan dan hal yang ada kaitan dengan kepentingan ahli.

 

7.

Menganjur dan menggalakkan minat untuk kesuburan rohani, jasmani, ekonomi dan sosial ahli.

 

8.

Bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Universiti dalam hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan ahli.
 

Fasal VI 

  Ahli

 

 
Keahlian Persatuan ini adalah terbuka kepada kakitangan wanita dan isteri kakitangan dari semua peringkat yang terdapat dalam Universiti.

 Jenis Ahli 

  1.  Ahli Biasa


Seseorang kakitangan wanita atau isteri kakitangan itu layak menjadi ahli biasa Persatuan sekiranya mempunyai syarat-syarat berikut:

a)  Warganegara    Malaysia atau     isteri    kepada warganegara. 

b)  Membayar yuran keahlian dan yuran masuk. 

c)  Perkhidmatannya atau perkhidmatan suaminya dengan Universiti. 

       2.  Ahli Bersekutu

       Kakitangan wanita atau isteri kakitangan Universiti yang memohon menjadi ahli tetapi:- 

a)  Bukan Warganegara Malaysia dan perkhimatannya atau perkhidmatan suaminya dipinjamkan ke Universiti. 

b)  Membayar yuran keahlian dan yuran masuk. 

c)  Kakitangan wanita yang telah bersara. 

       3.  Ahli Kehormat

 
Ahli Kehormat ialah seseorang yang difikirkan layak oleh Jawatankuasa Kerja untuk menjadi ahli tanpa bayaran yang mempunyai kepakaran atau memberi manafaat kepada Persatuan.

       4.  Ahli Seumur Hidup

 
Seorang ahli boleh memohon untuk menjadi ahli seumur hidup dengan yuran keahlian tahunan 10 sekali gus.

  

 

Kaedah Perlantikan Ahli

Permohonan menjadi ahli hendaklah melalui borang yang disediakan oleh Persatuan dan diserahkan kepada Setiausaha Kehormat.  Jawatankuasa Kerja berkuasa meluluskan atau menolak sebarang permohonan menjadi ahli tanpa sebarang sebab.

 

Fasal VII 




 

Yuran

  1. Semua ahli dikenakan membayar yuran masuk sebanyak RM 5.00 semasa mengemukakan borang permohonan.
  2. Yuran keahlian adalah RM 20.00 setahun untuk semua kategori ahli.
  3. Yuran-yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang ditentukan boleh dijalankan dengan persetujuan mesyuarat agong ahli-ahli.  Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut di dalam masa yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran bulanan.

 

Fasal VIII 


 
 

Berhenti Menjadi Ahli

  1. Ahli yang hendak berhenti dari Persatuan hendaklah memberi notis sekurang-kurangnya sebulan secara bersurat kepada Setiausaha Kehormat dan hendaklah menjelaskan hutang dan yurannya.
  2. Keahlian itu gugur dengan sendirinya jika ia berhenti membayar yuran selama 12 bulan berturut-turut atau jika ia atau suaminya tidak lagi menjadi kakitangan Universiti.

 

Fasal IX 
 

Hak Ahli

  1. Kecuali dinyatakan dalam undang-undang, semua ahli Persatuan adalah mempunyai hak yang sama dalam Persatuan.
  2. Ahli biasa berhak bercakap, mencadang, menyokong dan mengundi dan dicalonkan sebagai ahli Jawatankuasa Kerja.
  3. Ahli kehormat dan Ahli Bersekutu berhak mendapat semua faedah dan kemudahan seperti ahli biasa tetapi tidak boleh mencadang, mengundi dan menjadi ahli Jawatankuasa Kerja.

Fasal X

Tanggungjawab

 

 

  1. Adalah menjadi tanggungjawab setiap ahli:

 

a)    Mempastikan yurannya telah dijelaskan dengan tetap dan mendapatkan resit rasmi pembayarannya itu. 

b)    Memberitahu Setiausaha Kehormat dengan segera apabila berpindah atau bertukar tempat kerja. 

c)    Menghormati  dan patuh kepada undang-undang Persatuan dan dasar Persatuan dan juga keputusan Mesyuarat Agong. 

d)    Memberitahu Setiausaha Kehormat dua minggu sebelum pergi bercuti dengan menyatakan alamat yang dituju dan juga sebaik sahaja kembali bertugas.  Semasa bercuti keahliannya digantung dan tidak perlu membayar yuran.

e)    Hanya Presiden atau Ahli Jawatankuasa Kerja dengan persetujuan Presiden dibenarkan membuat kenyataan rasmi mengenai Persatuan.

  1. Setiausaha Kehormat dalam tempoh jawatannya hendaklah: 

 

a)    Menjalankan urusan surat-menyurat Persatuan.

b)    Menyedia dan membentangkan Penyata Tahunan Persatuan bagi pihak Jawatankuasa Kerja. 

c)    Menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama, umur, nombor kad pengenalan, pekerjaan dan alamat tiap-tiap ahli.. 

d)    Hendaklah di dalam masa 28 hari dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan mengirim penyata tahunan Persatuan kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 14(1) Akta Pertubuhan, 1966.

  1. Penolong Setiausaha Kehormat dalam tempoh jawatannya hendaklah:

 

a)    menggantikan Setiausaha Kehormat sekiranya jawatan itu kosong ataupun tidak menjalankan tugas oleh sebab-sebab tertentu. 

b)    Menjalankan arahan Setiausaha Kehormat. 

c)    Menyimpan rekod dan dokumen Persatuan.

 

 

  1. Bendahari Kehormat dalam tempoh jawatannya hendaklah:-

 

a)    Bertanggungjawab di atas semua kira-kira kewangan Persatuan.

b)    Menyiap dan membentangkan Penyata Kewangan dalam Mesyuarat Agong Tahunan. 

c)    Menandatangani semua cek Persatuan bersama dengan Presiden atau Setiausaha Kehormat. 

 

  1. Penolong Bendahari Kehormat dalam tempoh jawatannya hendaklah: 

 

a)    Menggantikan Bendahari Kehormat ketika ketiadaannya. 

b)    Menyimpan buku daftar yuran masuk dan yuran tahunan ahli. 

c)    Mengirim notis kepada ahli yang tidak menjelaskan yuran tahunan. 

 

  1. Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa Kerja dalam menjalankan tugas yang diarahkan olehnya. Menjalankan urusan surat-menyurat  

 

 

Fasal XI

Mesyuarat Agung Tahunan

 

 

Mesyuarat Agong Tahunan Persatuan hendaklah diadakan sebelum akhir bulan Mac tiap-tiap tahun.  Tarikh, masa dan tempat Mesyuarat Agong hendaklah ditetapkan oleh Jawatankuasa Kerja.

 

 

  1. Suatu notis awal bersama kertas pencalonan jika perlu, mengenai Mesyuarat Agong tahunan yang menyatakan tarikh, masa dan tempat mesyuarat dan juga meminta usul-usul untuk dibincangkan termasuk usul pindaan undang-undang hendaklah dihantar oleh Setiausaha Kehormat kepada semua ahli tidak lewat dari sebulan sebelum tarikh mesyuarat.
  2. Perlantikan Ahli Jawatankuasa Kerja hanya akan dibuat setiap dua tahun sekali dalam Mesyuarat Agong Tahunan.  Pencalonannya hendaklah dipersetujui oleh calon itu sendiri dan dilaksanakan dengan seorang pencadang dan seorang penyokong.
  3. Setiausaha Kehormat hendaklah menghantar kepada semua ahli, agenda mesyuarat termasuk usul-usul, salinan laporan atau penyata dan akaun yang telah diaudit, sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum tarikh mesyuarat.
  4. Satu Perempat ahli biasa ataupun dua kali ganda jumlah ahli jawatankuasa ( mana yang kurang ) hendaklah hadir di dalam Mesyuarat Agong bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi bilangan (kuorum) untuk mesyuarat.
  5. Sekiranya kuorum tidak diperolehi dalam tempoh satu jam daripada masa mesyuarat dijadualkan bermula, Mesyuarat Agong hendaklah ditangguhkan kepada satu tarikh yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kerja.  Tarikh ini hendaklah tidak lewat daripada tiga puluh hari dari tarikh mesyuarat yang asal.
  6. Jika kuorum tidak juga didapati selepas satu jam dari tarikh mesyuarat yang telah ditangguhkan itu, ahli-ahli adalah berkuasa meneruskan mesyuarat hari itu tetapi tidak mempunyai kuasa meminda udang-undang Persatuan.
  7. Perkara-perkara yang dimesyuarat dalam Mesyuarat Agong itu hendaklah termasuk perkara-perkara berikut:

a)      Menerima laporan Setiausaha Kehormat, Bendahari Kehormat.

b)      Menimbang dan memutuskan semua perkara yang berkaitan dengan ahli dan kemajuan Persatuan.

c)      Melantik Ahli Jawatankuasa Kerja tiap-tiap dua tahun sekali

d)      Melantik Juruaudit Dalam

e)      Menimbang dan memutuskan semua perkara yang termasuk dalam agenda.

f)      Melantik seorang Penaung dan seorang Penasihat yang terdiri daripada mereka yang dianggap boleh memberi nasihat dan petunjuk serta menaikkan imej Persatuan.

 

 

 

Fasal XII

Mesyuarat Agong Tergempar

 

 

 

  1. Mesyuarat Agong Tergempar boleh diadakan: 
    Jika Jawatankuasa Kerja memutuskan sangat perlu diadakan atau 
    Atas permintaan bertulis daripada tidak kurang dari satu pertiga jumlah bilangan ahli yang layak mengundi dan menyatakan tujuan dan alasan untuk Mesyuarat tersebut di adakan.
  2. Mesyuarat Agong Tergempar yang diminta oleh ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh dalam tempoh 30 hari selepas permintaan itu diterima, dan hanya satu agenda sahaja yang akan dibahas di mesyuarat itu. 
  3. Notis dan agenda untuk sesuatu Mesyuarat Agong Tergempar hendaklah dikemukakan oleh Setiausaha Kehormat kepada semua ahli tidak lewat daripada  tujuh hari sebelum tarikh mesyuarat yang telah ditetapkan. 
  4. Peruntukan pada Fasal X 4., 5., 6. dan 7 hendaklah dipakai tetapi dengan syarat iaitu jika tidak ada kuorum selepas satu jam pada tarikh Mesyuarat Agong Tergempar yang ditangguhkan itu  Mesyuarat hendaklah dibatalkan, dan tidak ada lagi Mesyuarat Agong Tergempar yang diminta boleh diadakan untuk tujuan yang sama sehingga ke satu tempoh tidak kurang daripada enam bulan dari tarikh tersebut.

 

 

   

Fasal XIII

Jawatankuasa Kerja

 

1.

Jawatankuasa Kerja adalah kuasa tertinggi selepas Mesyuarat Agong.  Keputusan yang diambil oleh Jawatankuasa Kerja adalah muktamad kecuali dibatalkan oleh Mesyuarat Agong. 

 

 

2.

   Jawatankuasa Kerja  hendaklah mengandungi

 ü Seorang Presiden
ü 2 Timbalan Presiden
ü Seorang Setiausaha Kehormat
ü Seorang Penolong Setiausaha Kehormat
ü Seorang Bendahari Kehormat
ü Seorang Penolong Bendahari Kehormat
ü 6  Ahli Jawatankuasa Biasa 

  Pemegang-pemegang jawatan Persatuan ini dan setiap pegawai yang menjalankan tugas-tugas pemerintah dalam persatuan ini hendaklah terdiri dari Warganegara Malaysia.
 

 

3.

Tertakluk kepada Fasal VIII, ahli-ahli Jawatankuasa Kerja hendaklah berkhidmat selama dua tahun melainkan Presiden.  Ahli Jawatankuasa Kerja yang dilantik menurut Fasal XIV 4. hendaklah berkhidmat selama baki tempoh perkhidmatan ahli yang digantikan olehnya.
 

 

4.

Jawatankuasa Kerja hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya satu kali setiap dua bulan dan kuorum ialah seramai setengah dari jumlah ahli Jawatankuasa Kerja.
 

 

5.

Semua Ahli Jawatankuasa Kerja hendaklah dipilih di dalam Mesyuarat Agong Tahunan melalui undi terbuka, kecuali isteri Naib Canselor yang secara otomatis akan menjadi Penasihat dengan syarat dipersetujui olehnya sendiri.
 

 

6.

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja hendaklah dipanggil oleh Setiausaha Kehormat dengan Persetujuan Presiden.  Notis hendaklah diberikan kepada tiap-tiap ahli tidak kurang daripada 3 hari.
 

Fasal XIV

Tugas-tugas Jawatankuasa Kerja
 

             




Jawatankuasa Kerja adalah menjalankan tugas-tugas  

  1. Mengendalikan dasar-dasar dan rancangan Persatuan.
  2. Menubuh dan melantik ketua-ketua Biro dari ahli Jawatankuasa Kerja jika dianggapkan mustahak untuk memajukan tujuan persatuan.
  3. Mengurus tabung dan lain-lain punca kewangan.
  4. Melantik ahli Jawatankuasa Kerja apabila berlaku kekosongan luarjangka.
  5. Selepas Mesyuarat Agong, tafsiran undang-undang oleh Jawatankuasa Kerja adalah muktamad kecuali dibatalkan oleh Mesyuarat Agong kemudiannya.

Fasal XV

Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa Kerja

 

 

 

  1. Presiden dalam tempoh jawatannya sebagai presiden hendaklah:

 a)    Mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja

b)    Mempunyai kuasa undi penentu (casting vote)

c)    Menandatangani Minit Mesyuarat yang telah diluluskan

d)    Menguruskan pentadbiran am dan hal ehwal Persatuan

e)    Mengada, menganjur dan melaksanakan kegiatan-kegiatan persatuan.
 

 

  1. Timbalan Presiden :  Dalam tempoh jawatannya sebagai Timbalan Presiden hendaklah:

-    menggantikan Presiden sekiranya jawatan itu dikosongkan dan / atau Presiden tidak dapat menjalankan tugas atas sebab tertentu.

 

  1. Setiausaha Kehormat :  Dalam tempoh jawatannya sebagai Setiausaha Kehormat hendaklah:

a)    Menjadi Ketua Tadbir Persatuan di bawah arahan Presiden.

b)    Menjalankan urusan surat menyurat Persatuan iii.    Menyedia dan membentangkan Penyata Tahunan Persatuan bagi pihak Jawatankuasa Kerja

c)    Hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama, umur, nombor kad pengenalan, pekerjaan dan alamat tiap-tiap ahli.

d)    Hendaklah di dalam masa 28 hari dari tarikh mesyuarat agong tahunan diadakan mengirim penyata tahunan persatuan kepada Pendaftaran Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 14 (1) Akta Pertubuhan, 1966. 

 

  1. Penolong Setiausaha Kehormat :  Dalam temoh jawatan mereka sebagai Penolong Setiausaha Kehormat hendaklah:

a)    Menggantikan Setiausaha Kehormat sekiranya jawatan itu kosong ataupun tidak menjalankan tugas oleh sebab-sebab tertentu.

b)    Menjalankan arahan Setiausaha Kehormat

c)    Menyimpan rekod dan dokumen Persatuan.

 

  1. Bendahari Kehormat :  Dalam tempoh jawatannya sebagai Bendahari Kehormat hendaklah:

a)    Bertanggungjawab di atas semua kira-kira kewanganPersatuan.

b)    Menyiap dan membentangkan Penyata Kewangan dalam Persidangan Agong Tahunan

 

 

  1. Penolong Bendahari Kehormat : Dalam tempoh jawatannya sebagai Penolong Bendahari Kehormat hendaklah:

a)  Menggantikan Bendahari Kehormat ketika ketiadaannya.

b)  Menyimpan buku daftar yuran masuk dan yuran tahunan ahli.

c)  Mengirim notis kepada ahli yang tidak menjelaskan yuran tahunan.

 

 

  1. Ahli Jawatankuasa Biasa

a)  Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Persatuan hendaklah menentukan jawatan dan tugas (Portfolio) bagi setiap orang ahli Jawatankuasa Biasa.

b)  Jawatan dan tugas yang dibentuk hendaklah bersesuaian dengan tugas dan matlamat Persatuan.
 

Fasal XVI      

  Pemegang Amanah

 

 

  1. Tiga Penyimpan Amanah berumur 21 tahun ke atas hendaklah dilantik oleh Mesyuarat Agong dan hendaklah memegang jawatan mengikut persetujuan Persatuan.
  2. Persatuan adalah mempunyai kuasa membeli atau mencagar tanah bangunan dan harta untuk Persatuan atas nama Pemegang Amanah, tertakluk pada persetujuan Mesyuarat Agong. 
  3. Pemegang Amanah boleh digugurkan jawatannya jika kesihatannya tidak mengizinkan, tidak siuman, berada di luar negeri, dan lain-lain sebab yang difikirkan oleh Mesyuarat Agong sebagai  sebab ia tidak boleh lagi menjadi Pemegang Amanah.
  4. Kekosongan jawatan Pemegang Amanah hendaklah diisi dalam Mesyuarat Agong secepat mungkin. 
  5. Mesyuarat Agong Tahunan boleh melantik sebuah syarikat Pemegang Amanah seperti yang diperuntukkan dalam Ordinan Syarikat Amanah (Trust Ordinance 1949) atau undang-undang lain yang tertulis yang mengawal syarikat-syarikat Pemegang Amanah yang tunggal bagi Persatuan.  Jika dipakai syarikat amanah “Pemegang Amanah” dalam undang-undang ini bererti Syarikat Amanah tersebut.

Fasal  XVII

Juruaudit Dalam

 

  1. Dua orang Juruaudit Dalam yang bukan menjadi ahli Jawatankuasa Kerja hendaklah dilantik dalam Mesyuarat Agong Tahunan.  Juruaudit itu hendaklah memeriksa kira-kira Persatuan pada penghujung tiap-tiap tahun dan menyampaikan penyatanya kepada Jawatankuasa Kerja. 
  2. Buku-buku dan kira-kira Persatuan hendaklah diaudit oleh kedua juruaudit itu bersama dan mereka itu berhak melihat semua buku dan surat keterangan yang mustahak untuk menyempurnakan tugasnya.

 

 

 

Fasal XVIII

Tabung dan Akaun
 

 

 

1.

Tabung Persatuan boleh dibelanjakan untuk perkara berikut: 

a)    Bayaran kos dan perbelanjaan pentadbiran Persatuan. 

b)    Mencetak dan mengedar surat berita, pekeliling dan dokumen untuk kebajikan dan kepentingan ahli selaras dengan tugas dan matlamat Persatuan. 

c)    Menjalankan kegiatan sukan, pelajaran, amal dan sosio budaya untuk ahli. 

d)    Membeli dan / atau membina atau menyewa bangunan untuk  menjalankan kerja Persatuan. 

e)    Memberi bantuan kepada keluarga kakitangan Universiti yang memerlukan bantuan untuk pelajaran anak-anak. 

f)    Memberi bantuan kepada pelajar miskin di Universiti.

 

 

 

2.

Tabung Persatuan tidak boleh digunakan untuk pembayaran denda mahkamah yang dikenakan kepada seseorang ahli.
 

 

 

3.

 Semua wang Persatuan yang tidak digunakan bagi perbelanjaan semasa hendaklah dimasukkan oleh Bendahari Kehormat di bank dalam tempoh tujuh hari di terima.  Akaun bank hendaklah dibuat atas nama Persatuan.
 

 

 

4.

Semua cek, baucer, dokumen kewangan dan notis wang keluar dalam akaun Persatuan hendaklah ditandatangani oleh Bendahari Kehormat dan Presiden atau Setiausaha Kehormat.
 

 

 

5.

Bendahari Kehormat boleh menyimpan “petty cash” yang tidak melebihi lima ratus ringgit pada satu masa.  Semua perbelanjaan hendaklah mendapat kebenaran Presiden atau Setiausaha Kehormat.
 

 

 

6.

Perbelanjaan yang lebih daripada RM 500.00 bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM 5,000.00 bagi sebulan tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran Mesyuarat Agong terlebih dahulu.  Perbelanjaan yang kurang daripada RM 5,000.00 bagi sesuatu masa bolehlah diluluskan oleh Presiden bersama Setiausaha dan Bendahari.
 

 

 

7.

Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan berserta timbangan kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa kira-kira mengikut undang-undang XVII dengan seberapa segeranya setelah tamat tahun kewangan.  Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Agong Tahunan yang berikutan, dan salinan-salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di alamat berdaftar atau di tempat mesyuarat bagi Persatuan.
 

 

 

8.

Tahun kewangan Persatuan ialah dari 1 Januari hingga 31 Disember.
 

 

Fasal XIX

Pemeriksaan Buku Dan Akaun

Ahli yang ingin mengetahui Tabung Persatuan boleh berbuat demikian setelah memberi notis tujuh hari untuk memeriksa semua buku dan akaun Persatuan dan nama-nama ahli pada bila-bila masa di tempat rekod berkenaan disimpan. 
 

 

Fasal XX

Pindaan Undang-Undang
 

 

 

Pindaan Undang-undang boleh dibuat di Mesyuarat Agong dengan persetujuan dua pertiga ahli mesyuarat yang hadir.  Semua tambahan atau pindaan pada undang-undang tidak boleh dikuatkuasakan melainkan dengan kebenaran Pendaftaran Pertubuhan.
 

 

 

Permohonan untuk pindaan-pindaan kepada undang-undang hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 28 hari dari tarikh keputusan tersebut.
 

Fasal XXI 

Pembubaran 

  1. Persatuan ini tidak boleh dibubarkan melainkan dengan persetujuan sekurang-kurangnya dua pertiga dari ahli yang layak mengundi.
  2. Jika sekiranya Persatuan ini dibubarkan seperti yang tersebut di atas maka segala hutang dan perjanjian hendaklah diselesaikan.  Baki wang yang tinggal dahulu hendaklah dibahagikan kepada badan kebajikan yang layak menerima dengan syarat dapat persetujuan ahli.
  3. Kenyataan yang bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran itu.

 

Fasal XXII 

Larangan 

  1. Persatuan dilarang mengendalikan kegiatan yang bertentangan dengan undang-undang negara, ajaran serta tatasusila masyarakat Islam.
  2. Persatuan atau ahli tidak boleh menghalang, mengganggu perniagaan atau harga barangan dan mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti yang diterangkan di dalam Undang-Undang Kesatuan Sekerja, 1959.
  3. Ahli dilarang  menggunakan nama persatuan untuk kepentingan diri.
  4. Ahli tidak dibenarkan memberi kenyataan tentang Persatuan kepada awam.
  5. Faedah-faedah yang diterangkan di bawah Skesyen 2 Akta Pertubuhan 1966 tidaklah boleh diberi oleh Persatuan kepada mana-mana ahli Persatuan.
  6. Seseorang pelajar Universiti atau Kolej Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli persatuan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan.

 

 

 

 



Kemaskini Terakhir : Thu, 17 Mar 2016 (zainab)