Languages : malay | english

PERLEMBAGAAN

PERLEMBAGAAN BAGI 
PERSATUAN WANITA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
(PERMATA UPM)
 Fasal I Nama

Persatuan Wanita Universiti Putra Malaysia. Sebutan ringkas PERMATA UPM.
   
 Fasal II Alamat Berdaftar

Alamat berdaftar Persatuan ialah Pusat Perkhidmatan PERMATA, d/a 
Kolej Mohamad Rashid, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM, Serdang,
Selangor Darul Ehsan, Alamat berdaftar tidak boleh diubah tanpa
kebenaran Pendaftaran Pertubuhan terlebih dahulu. 
   
 Fasal III Takrif

1. 'Persatuan' bermakna 'Persatuan Wanita Universiti Putra
Malaysia'.
2. 'Mesyuarat Agong' bermakna mesyuarat yang diadakan menurut
Fasal XI dan XII.
3. 'Jawatankuasa Kerja' bermakna Jawatankuasa Kerja seperti yang
ditubuh mengikut Fasal XIII.
4. 'Ahli' bermakna seseorang yang telah diterima menjadi ahli
Persatuan menurut Fasal VI.
5. 'Ahli Biasa' bermakna ahli yang diterima menurut Fasal VI 2.1.
6. 'Ahli Bersekutu' bermakna ahli yang diterima menurut Fasal VI
2.2
7. 'Ahli Kehormat' bermakna ahli yang diterima mengikut Fasal VI
2.3.
8. 'Universiti' bermakna Universiti Putra Malaysia.
9. 'Wanita' bermakna isteri kakitangan dan kakitangan wanita yang
bertugas dengan universiti.
10. 'Bercuti' bermakna cuti sabatikal, cuti belajar, cuti tanpa gaji yang
lama atau bercuti mengikut suami.

Latest Update : Thu, 17 Mar 2016 (zainab)