Bahasa : malay | english

Tinta Presiden

   
 

Mesyuarat Agung Persatuan Pentadbir UPM (PPUPM) kali ke-33 telah diadakan pada 26 Januari 2017. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kepercayaan ahli kepada saya kerana memberi mandat untuk menerajui PPUPM bagi Sesi 2017-2018. Tahniah juga saya ucapkan kepada barisan Exco baharu yang telah dilantik. Saya berharap para Exco akan bersama-sama saya dalam menggerakkan PPUPM demi untuk kebajikan ahli dan menjadikan UPM Universiti bereputasi Antarabangsa.

Para Pentadbir juga perlu menghayati 'IHSAN TONGGAK KECEMERLANGAN' , penghayatan ini adalah berasaskan kepada nilai-nilai Integriti, Kecemerlangan, Kepelbagaian dan Kelestarian. Bagi memantapkan PPUPM, hala tuju yang jelas perlu dirangka untuk Pentadbir Universiti yang jawatannya dalam pelbagai bidang agar bersesuaian dengan arus keperluan Pentadbir masa kini.
 
Antara hala tuju utama yang akan diberi tumpuan oleh PPUPM ialah menerapkan nilai-nilai Integriti, mengadakan aktiviti perkongsian ilmu dan kecemerlangan, memperkasakan Pentadbir baharu dan lama, mengkaji sistem kenaikan pangkat agar telus dan saksama, kesukarelawanan dan kebajikan Pentadbir secara keseluruhan. Pengukuhan integriti kepada pentadbiran dan semua staf UPM harus dipupuk dan dilakukan melalui pendekatan nilai-nilai murni. Dalam kontek ini, integriti sering dikaitkan dengan nilai-nilai amanah, jujur, kebolehkepercayaan dan sentiasa memelihara kepentingan awam tanpa mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri. Oleh itu, aspek keinsanan dan nilai-nilai murni adalah merupakan komponen penting dalam pembentukan nilai integriti. 

Saya berharap PPUPM akan menjadi Persatuan yang berperanan, dihormati dan Persatuan yang boleh dirujuk, terutama dalam perjuangan menjaga kebajikan ahli seperti termaktub dalam perlembagaan PPUPM.
 

PRESIDEN PPUPM
SAHEH SAID

Encik Saheh Said
PRESIDEN PPUPM
 
       

Kemaskini Terakhir : Fri, 07 Apr 2017 (syazwina)