Bahasa : malay | english

PERSIDANGAN PENTADBIR UNIVERSITI 2017


PERSIDANGAN PENTADBIR UNIVERSITI 2017
Anjuran Persatuan Pentadbir UPM &
Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi UPM

Tarikh: 27 – 28 September 2017
Tempat: Shaftsbury Asteria, Cyberjaya

Yuran Pendaftaran (TIDAK TERMASUK PENGINAPAN)

Peserta & Pembentang RM 700 (Daftar secara online)
Peserta RM 700 (Daftar secara online)

Persidangan Pentadbir Universiti (University Administrator Conference – UAC) buat pertama kalinya telah dianjurkan pada 24-25 Ogos 2016, bertempat di Silka Maytower, Kuala Lumpur. Sebanyak 16 pembentangan dan perkongsian telah dijayakan oleh pentadbir daripada pelbagai skim perkhidmatan telah berjaya menarik perhatian 51 peserta dalam kalangan pentadbir universiti. Antara peserta universiti yang menyertai UAC 2016 ialah Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Sultan Zainal Abidin, Universiti Tun Hussein Onn, Universiti Multimedia, Universiti Tenaga Nasional, Universiti Islam Malaysia dan Universiti Putra Malaysia.

Persidangan Pentadbir Universiti Kali Ke-2 yang akan berlangsung pada 27-28 September 2017 adalah anjuran bersama oleh Persatuan Pentadbir UPM dan Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi UPM. Persidangan ini menyasarkan lebih daripada 20 pembentang untuk berkongsi pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan dan pentadbiran universiti.

UAC akan diteruskan buat kali kedua yang akan berlangsung pada 27-28 September 2017, dan kami mensasarkan lebih daripada 20 pembentang akan berkongsi pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan dan pentadbiran universiti.

UAC merupakan satu platform strategik untuk menyediakan peluang kepada pentadbir universiti untuk berkongsi pengalaman, hasil kajian dan amalan terbaik untuk memperkukuhkan pengurusan dan pentadbiran universiti. Persidangan ini juga, berupaya memperkukuhkan komunikasi dan jaringan antara pentadbir universiti dan sekali gus menyuburkan budaya integrasi antara sesebuah institusi.

Ingin BERKONGSI pengalaman, pengetahuan dan kemahiran anda dalam pentadbiran Universiti? Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama kami menjayakan Persidangan Pentadbir Universiti (University Administrator Conference) dengan menjadi PESERTA dan, atau PEMBENTANG KERTAS yang mencakupi pelbagai bidang perkhidmatan di universiti.

Anda tidak perlu menyediakan kertas pembentangan sepertimana kertas kerja akademik, apa yang paling penting ialah KEYAKINAN, KESEDIAAN dan KEIKHLASAN anda untuk berkongsi maklumat bagi manfaat bersama.

Walaupun bukan sebagai pembentang, daftarlah sebagai peserta yang teruja dengan pelbagai ilmu pentadbiran dan pengurusan universiti untuk proses pembelajaran yang berterusan.

Tarikh: 27 – 28 September 2017
Tempat: Shaftsbury Asteria, Cyberjaya

Yuran Pendaftaran (TIDAK TERMASUK PENGINAPAN)

Peserta & Pembentang RM 700 (Daftar secara online)
Peserta RM 700 (Daftar secara online)


Kemaskini Terakhir : Thu, 17 Aug 2017 (zana)