Bahasa : malay | english

Pengenalan

Kesatuan Kakitangan Am Universiti Putra Malaysia (KEPERTAMA) telah ditubuhkan pada 03 Jun 1973 dan didaftarkan di bawah akta Pendaftaran Kesatuan Sekerja 1959 Negeri-negeri Tanah Melayu. Fungsi utama kesatuan ini adalah untuk menjaga kebajikan kakitangan universiti.

MISI KEPERTAMA

Pencetus wadah perjuangan yang dikagumi, dihormati dan disegani untuk meletakkan Kesatuan Kakitangan Am Universiti Putra Malaysia (KEPERTAMA) kemartabat yang cemerlang dan unggul serta mampu menjana semangat perpaduan yang jitu di kalangan pegawai agar dapat menyumbang ke arah kegemilangan UPM berdasarkan "Ilmu, Kemahiran, Pendidikan, Pengalaman dan Ketrampilan Kepimpinan", bertaraf profesional dan berdisiplin ke arah K-Pekerja sebagai tunggak peneraju cabaran globalisasi seiring dengan hala tuju Universiti.


Kemaskini Terakhir : Mon, 27 Apr 2015 (nuox)