Bahasa : malay | english

Dari Meja Presiden

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Perjuangan

Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan izinNya KEPERTAMA dengan usaha yang berterusan dari Biro Media dan Publisiti dapat mewujudkan laman web ini untuk memudahkan ahli-ahli KEPERTAMA mengikuti perkembangan dan aktiviti-aktiviti yang telah di laksanakan dan yang akan di rancang oleh Kesatuan.

Saya sebagai Presiden KEPERTAMA yang ke-8 di Universiti Putra Malaysia amat berterima kasih kepada semua ahli-ahli KEPERTAMA yang sentiasa bersama dalam apa jua keadaan untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai.

Dengan adanya laman web ini akan dapat membantu  ahli-ahli untuk membuat rujukan mengenai perkembangan di dalam kampus serta perkembangan terkini tuntutan-tuntutan yang di bawa oleh Kesatuan dan juga CUEPACS khasnya.

Akhir kata saya memohon kepada semua ahli-ahli KEPERTAMA agar terus bersatu di bawah kepimpinan baru KEPERTAMA  untuk terus memperjuangan kebajikan ahli-ahlinya.

TAHNIAH kepada Biro Media dan Publisiti dan semua AMJK KEPERTAMA sesi 2014/2016.

....
MOHD RAZALI SINGAH
Presiden KEPERTAMA (ke-8)
Universiti Putra Malaysia


Kemaskini Terakhir : Mon, 27 Apr 2015 (nuox)