Bahasa : malay | english

Kejohanan Bowling Piala Presiden 2018


KEJOHANAN BOWLING TERBUKA KEPERTAMA 2018
PIALA PUSINGAN PRESIDEN KEPERTAMA, UPM
SUMBANGAN ENCIK MOHD RAZALI BIN SINGAH
Tarikh    : 07 APRIL 2018 (Sabtu)
Tempat    : Power Bowl Alamanda, Putjaya




Syarat Kejohanan

1. Kejohanan ini diadakan bagi merebut Piala Pusingan Presiden KEPERTAMA UPM.  Sumbangan Encik Razali bin Singah
2. Penyertaan adalah terbuka kepada staf UPM sahaja .
3. Setiap PTJ  dibenarkan  menghantar  seberapa banyak pasukan yang mereka mampu tetapi tertakluk kepada tiga puluh (30) pasukan terawal.
4. Penyertaan adalah secara berpasukan campuran seramai empat (4) orang pemain. Setiap pasukan mesti disertai sekurang-kurangnya seorang pemain wanita/lelaki. (contoh. : 2 wanita 2 lelaki / 3 lelaki 1 wanita / 3 wanita 1 lelaki)
5. Undian lane akan dibuat oleh pihak urus setia setelah tarikh tutup penyertaan.

Syarat Permainan

1. Permainan akan dijalankan sebanyak tiga (3) game seorang dan keseluruhan pasukan sebanyak dua belas (12) game.
2. Tiada handicap diberikan kepada pemain wanita.
3. Pemenang berpasukan akan dikira berdasarkan jumlah  jatuhan pin keseluruhan bagi setiap pasukan.
4. Sekiranya terdapat persamaan jumlah jatuhan pin keselurahan bagi dua pasukan atau lebih, pemenang akan dikira berdasarkan jumlah jatuhan pin game terakhir bagi setiap pasukan.
5. Lain-lain syarat pertandingan adalah mengikut sepertimana syarat  yang termaktub dalam undang-undang pertandingan yang ditetapkan  oleh MTBC.
6. Segala keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Penganjur adalah muktamad

Pengesahan Penyertaan dan Bayaran

1. Yuran penyertaan bagi setiap pasukan adalah sebanyak RM 150.00 sahaja.
2. Pembayaran adalah secara tunai kepada Pejabat KEPERTAMA (u.p. :  Puan Zura – 7987 / Encik Redzuan – 6452 )
3. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 27 MAC  2018 pukul 4.00 ptg.
4. Sebarang pertanyaan dan penyerahan borang boleh berhubung terus kepada penama berikut:-

1. Encik Mohd Redzuan bin Mohamed Ramli    010-2208727
2. Mohamad Imram bin Omar        012-9031685
3. Zolkifli bin Johari            012-3576029
4. Mohd Izarudin bin idris         012-3946465

HADIAH KEJOHANAN ( KUMPULAN )

TEMPAT PERTAMA            : PIALA PUSINGAN, HAMPER &  WANG TUNAI RM 500.00
TEMPAT KEDUA            : HAMPER & WANG TUNAI RM 350.00
TEMPAT KETIGA            : HAMPER & WANG TUNAI 150.00
TEMPAT KEEMPAT hingga KESEPULUH    : Hamper

HADIAH INDIVIDU ( JUMLAH JATUHAN PIN TERBANYAK )
LELAKI                 : ( Piala )
PEREMPUAN            : ( Piala )


Kemaskini Terakhir : Wed, 18 Apr 2018 (anwarms)