Bahasa : malay | english

Had Kifayah

Had Kifayah

Had Kifayah merupakan suatu garisan kecukupan bagi seseorang individu atau bagi sesebuah keluarga. Dalam konteks kajian ini, had al-kifayah merujuk kepada suatu garisan, had atau kadar keperluan asas minimum yang ditetapkan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) berdasarkan kos sara hidup masa kini.

Had ini juga digunakan bagi mengetahui kadar yang perlu dibantu untuk menepati kecukupan perbelanjaan asasi.

*************************

"Tidak halal pemberian sedekah (zakat) kepada orang kaya dan tidak juga kepada orang yang kuat tubuh badan (mampu berusaha)"
Riwayat Imam Turmizi.

*************************

Penilaian yang dibuat dalam menentukan had kifayah ini merangkumi enam aspek, iaitu perlindungan,  makanan, pakaian, perubatan, pendidikan dan pengangkutan. Penilaian ini dibuat berdasarkan nas-nas yang digunapakai oleh ulama Islam dalam menentukan keperluan asasi manusia.

Melalui had kifayah juga akan memudahkan proses permohonan bantuan zakat. Unit Pengurusan Zakat dan Kerohanian dapat membahagikan pemohon kepada kategori fakir, miskin, ataupun fisabilillah.


Kemaskini Terakhir : Tue, 23 Feb 2016 (aisamuddin)