Languages : malay | english

Pelupusan Mushaf Lama

KHIDMAT PELUPUSAN MUSHAF AL-QURAN LAMA DAN KITAB/BUKU USANG ATAU HELAIAN KERTAS YANG MENGANDUNGI AYAT SUCI AL-QURAN  

Tahukah anda bagaimana kaedah yang menepati syarak untuk melupuskan mushaf alQuran lama dan kitab/buku usang atau helaian kertas yang mengandungi ayat suci alquran?
Adakah di rumah anda masih terdapat bahan-bahan tersebut? Apa yang perlu anda buat dengan bahan-bahan tersebut?
Jangan biarkan bahan-bahan tersebut begitu sahaja.

Kami ada penyelesaiannya.

Hantarkan (waktu pejabat sahaja) semua mushaf al-Quran lama dan kitab/buku usang atau helaian kertas yang mengandungi ayat suci al-quran kepada kami di premis baharu Dana Wakaf Ilmu (belakang Pejabat POS Malaysia, Kolej Mohd Rashid lama) bagi tujuan proses pelupusan yang menggunapakai garis panduan khusus oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Rujukan : http://www.islam.gov.my dan http://www.e-fatwa.gov.my

Bahan yang dihantar hendaklah disusun terlebih dahulu sebagaimana panduan di LAMPIRAN dan dikenakan caj khidmat pelupusan sebanyak RM10 bagi setiap 1 kg.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi :- -
- En. Isam (8946 6156 atau 012-9725 080)
- Us. Zuhaimi (012-8738 277)
- Us. Iman (010-6314 001)

Mari bersama kita memelihara kesucian ayat-ayat al-Quran.

Latest Update : Thu, 12 May 2016 (nuruliman)