Languages : malay | english

Introduction

PENGENALAN

Unit Pengurusan Zakat dan Kerohanian telah ditubuhkan pada Ogos 2008 yang dahulunya di bawah Unit Kebajikan dan Kewangan Pelajar.

Berperanan dalam memberi bimbingan dan nasihat yang berkaitan dengan akidah, ibadah, dan kerohanian kepada warga UPM.

Bertanggungjawab mengutip dan mengumpul zakat daripada staf UPM.

Mengagihkan kutipan zakat sebanyak 50% daripada jumlah kutipan kepada asnaf yang dibenarkan (terdiri daripada kalangan pelajar dan staf UPM) melalui perjanjian antara UPM dengan Lembaga Zakat Selangor.
 

OBJEKTIF

Memudahkan staf Universiti Putra Malaysia untuk membayar zakat.

Memberi keyakinan kepada pembayar-pembayar zakat mengenai zakat yang mereka keluarkan.

Melaksanakan agihan zakat seperti mana perintah Allah S.W.T.

Memberi bantuan kewangan kepada warga UPM melalui bantuan kewangan individu, bantuan kewangan bulanan dan bantuan tajaan program.

Menyalurkan agihan zakat dengan lebih efisyen.

Mempelbagaikan bentuk agihan zakat sesuai dengan keperluan semasa asnaf.

Menganjurkan program-program pembangunan sahsiah diri bagi mencapai kecemerlangan dari segi rohani dan jasmani warga UPM.

Menyebarkan ilmu dan syariat Islam melalui penulisan risalah penerbitan buku-buku, majalah, dan sebagainya.


Latest Update : Thu, 19 May 2016 (hamzah_omar)