Bahasa : malay | english

Pencapaian


HARI PENTADBIR UNIVERSITI AWAM 2022


 





HARI PENTADBIR UNIVERSITI AWAM 2020

   

Anugerah Tokoh Pentadbir MASTI merupakan Anugerah Tertinggi Kepimpinan MASTI yang diberikan kepada individu yang menunjukkan kecemerlangan dalam kepimpinan organisasi di peringkat Universiti, Kebangsaan dan Antarabangsa. Pengiktirafan ini diberikan kepada pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Bukan Akademik) yang berkaliber dan memberi sumbangan yang membanggakan kepada Universiti dan komuniti, mempunyai sahsiah diri yang cemerlang serta menjadi role model kepada staf yang lain.

YBhg. Dato’ Zulkiflee bin Othman, Bursar UPM telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Pentadbir MASTI peringkat Universiti Awam Malaysia tahun 2020.Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Mazlan bin Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi di Pejabat Ketua Setiausaha, Putrajaya.

Berita selanjutnya..
     
  Tahniah kepada Dr. Nor Asma Ab Razak kerana menerima Anugerah Gangsa  dalam Anugerah Pentadbir Gemilang MASTI (Penulisan Ilmiah) pada 29-31 Mac 2021. Acara ini dianjurkan oleh Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) dan Jawatankuasa Pendaftar Universiti Awam Malaysia.
     
  YBhg. Dato' Wan Azman Wan Omar telah dianugerahkan dengan "Anugerah Khas MASTI (Invidividu)" sempena Hari Pentadbir Universiti Awam 2020. Beliau merupakan mantan Pendaftar Universiti Putra Malaysia dan juga Pengerusi JPPUA.
     
 Persatuan Pentadbir Universiti Putra Malaysia telah memenangi pingat perak untuk "Anugerah Pameran Persatuan Terbaik MASTI 2020". Syabas diucapkan!



HARI PENTADBIR UNIVERSITI AWAM 2018

 

Pengarah Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Razali Othman menerima Anugerah Pentadbir Terbilang Universiti Awam (UA) 2018, anugerah yang diwujudkan sebagai pengiktirafan kepada para pentadbir Universiti Awam. Selain telah berkhidmat lebih daripada 10 tahun, Anugerah ini juga diberikan kepada pentadbir yang berjaya mengetengahkan penemuan-penemuan baharu dalam aspek pengurusan dan pentadbiran, penambahbaikan yang memberi impak yang tinggi kepada jabatan, universiti dan negara, dan telah menghasilkan kreativiti dan inovasi yang diiktiraf di pelbagai peringkat. Pemenang Anugerah ini juga dipilih daripada kalangan pentadbir yang menjadi pakar rujuk kepada universiti.

Dalam majlis yang sama, Dr. Razali juga turut menerima Anugerah Khas Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam (UA) 2018 bagi menghargai dan mengiktiraf usaha serta komitmen beliau terhadap aktiviti serta program yang dijalankan oleh MASTI. Dua Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Naib Canselor, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), YBhg. Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi di Majlis Anugerah Gemilang MASTI (MAGMA) 2018 di Dewan Utama, Hotel Waterfront, Kuching, Sarawak.

Berita selanjutnya..

 

 

HARI PENTADBIR UNIVERSITI AWAM 2016

  Dua staf pentadbiran Universiti Putra Malaysia (UPM) – Pengarah Pusat Islam, UPM, Dr. Razali Othman dan Pegawai Penyelidik, Institut Teknologi Maju (ITMA) UPM, Dr. Ismayadi Ismail – memenangi anugerah gemilang pada Hari Pentadbir Universiti Awam (UA) 2016.Dr. Razali memenangi anugerah kategori Pentadbir Cemerlang (Penulisan), manakala Dr. Ismayadi memenangi kategori Pentadbir Cemerlang (Penyelidikan).Mereka menerima piala, sijil dan buku pada majlis Majlis Anugerah Gemilang Pentadbir di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), di sini. Mengenai kemenangannya itu, Dr Razali berkata para pentadbir di UA mampu untuk menulis dengan baik.Yang penting, katanya, ialah pentadbir harus diberi peluang dan suntikan semangat untuk menulis sesuai dengan perkhidmatan mereka di universiti.

Berita selanjutnya..

 



Kemaskini Terakhir : Mon, 22 Aug 2022 (nazlina)